Hari-hari kita perlukan semangat yang baru dan lebih kental sentiasa.
Semangat luntur di hari yang kita tempuhi perlu dirawat dengan pengisian seperti solat,mengaji Al Quran,beriadah bersama rakan seperjuangan atau berkongsi maklumat dengan keluarga atau rakan.Perang sikologi sentiasa menghantui kita tanpa mengira keadaan atau situasi seseorang.
Tidak semua orang mahu lihat kita jatuh atau susah,adakala mereka ingin melihat kita berada dalam kejayaan seperti diketahui mereka itu dikalangan keluarga,saudara mara dan rakan-rakan.
Kadangkala kita menjadi buntu untuk meneruskan perjuangan sebagai usahawan tetapi hari ini kita boleh lihat ramai telah menyertai program membentuk usahawan yang berjaya seperti dianjurkan oleh Dr.Fadhilah Khamsiah, Dr.Azizan Osman terdiri dari pakar motivasi dan mencungkil kebolehan diri sendiri.Memiliki ilmu semasa belajar di luar negera dan pengalaman sendiri.
Industri hiburan tanahair kita ramai dikuasai oleh wanita.Industri hiburan jarang dikuasai oleh lelaki seperti Pelakon atau penyanyi.
Dunia saya hanya bekerja makan gaji dan cuba berusaha untuk maju dalam bidang perniagaan. Perniagaan saya hanya sekadar sambilan untuk mengisi masa lapang.
Bila bosan saya menonton dan mencari sumber untuk menguatkan semangat saya yang kadang-kadang luntur akibat tekanan emosi.Percaya atau tidak kita mesti menghadapinya walaupun anda sudah berjaya ataupun tidak.Ramai yang memberi beberapa tips untuk maju seperti memperbanyakkan sedekah,solat hajat,berdoa,berpuasa sunat,menyertai program motivasi untuk tambah kenalan bertujuan meningkatkan perniagaan kerana ia menolong dalam mengiklankan produk yang kita niagakan.
Sejauhmana kejayaan yang dimaksudkan belum dapat saya pastikan semua tips itu datang dari mereka yang telah berjaya.
Saya ada juga dengar cerita seseorang yang membuat mentol lampu berusaha beribu-ribu kali sebelum berjaya menghasilkan sebiji mentol lampu.Ada juga saya dengar cerita tentang cara nabi dan rasul berniaga.
Kenyataan itu berbunyi 'salah satu sumber rezeki ialah perniagaan yang memiliki 7 rangkaian'.Saya tidak dapat menghafal atau membaca sebarang artikel tulisan Arab yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
Saya beranggapan kejayaan itu datang dari keizinan Tuhan dan kemahuan kita sendiri yang bersungguh berusaha capai kejayaan yang diiringi doa dan restu.
No comments:
Post a Comment