Sunday, January 5, 2014

Tips berniaga ataupun sudah berniaga

Assalamualaikum,salam 1 Malaysia.Hari ini saya nak berkongsi beberapa tips berniaga.Meneliti dari perniagaan saya sendiri walaupun kurang berjaya tetapi amat memberangsangkan.Perniagaan merupakan sebuah industri kewangan yang amat mencabar.Kadang kala membawa pemusnah apabila tidak menjaga atau menguruskan dengan baik.Perkara perlu dititikberatkan pengurusan yang baik.Anda selaku CEO atau pengarah syarikat atau bos ataupun kuli syarikat sendiri seperti menjual makanan dan minuman gerai di tepi jalan.Berniaga di tepi jalan seperti yang kita lihat hari ini perkara yang utama perlu dititikberatkan lokasi ramai orang.Jika kita tiada lesen berniaga  risiko yang utama merupakan pihak berkuasa kerana anda pada waktu itu merupakan orang salah.Buat permulaan pilih lokasi atau tempat berniaga tanpa diganggu oleh mereka seperti pasar malam,tempat keramaian di stadium ketika acara sukan sedang berlangsung atau konsert ataupun expo.Pada waktu ini anda boleh menjana modal dalam menggandakan modal kecil.anda.Perkara utama jangan berbelanja duit keuntungan pada waktu itu kecuali untuk perniagaan anda.Waktu ini anda perlu menggandakan modal anda.Rancang untuk berehat sekadar beri ruang untuk diri anda dan perniagaan anda selamat dari diganggu oleh pihak berkuasa seperti mendaftarkan perniagaan anda.Sebelum perniagaan didaftarkan pastikan lokasi kedai atau gerai anda berada di lokasi orang yang ramai atau tumpuan.Memilih lokasi merupakan perkara yang penting bagi perniagaan anda.Memilih lokasi terdapat ramai orang bertujuan untuk hasil positif yang dapat dijangkakan.
Seperkara perlu diingatkan jika boleh modal berniaga jangan berhutang.Mungkin perkara ini kurang dipersetujui contoh anda ingin berniaga menjual kereta terpakai dan ianya memerlukan modal yang besar.Jadi anda terpaksa berhutang untuk membeli kereta terpakai,diingatkan jangan beri hutang kepada pelanggan.Jika anda berbuat demikian modal pusingan anda tidak dapat dijanakan dengan cepat kecuali anda memiliki modal pusingan yang kukuh.
Mencari rakan atau saudara yang memiliki minat yang sama dengan anda dan boleh dipercayai.Jika ingin berkongsi perniagaan dengan mereka merupakan perkara yang boleh pertimbangkan kerana anda memerlukan pekerja apabila perniagaan anda makin berkembang.
Memiliki strategi yang berkesan faktor perlu diambil kira jika tidak perniagaan anda mungkin tidak dapat berkembang dengan baik.
Faktor utama yang mempengaruhi jatuh bangun perniagaan merupakan pelanggan anda.Mendengar dan mengikut kehendak pelanggan anda memang patut diutamakan.Jika tidak anda boleh kehilangan mereka contoh perniagaan yang boleh diambil kira contoh menjual burger daging lembu dan daging ayam bagi memenuhi kehendak pelanggan yang tidak makan daging,burger ikan diperkenalkan.
Tanya pada diri sendiri bersediakah kita untuk memulakan pernigaan yang lebih besar dan berat.
Setiap keringat yang diusahakan menjadi kepuasan dan tidak menjadi sia-sia dan berkubur begitu sahaja.
Jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah lumrah.Kegigihan dan semangat yang kental perlu disematkan ke dalam jiwa sebagai ahli perniagaan.
Kita sebagai umat Muhammad Rasul Allah dan berada dalam agama yang diredhai oleh Allah tonggak paling utama bagi kekuatan spiritual seperti yang telah diwajibkan oleh seluruh umat islam adalah sembahyang atau solat.Ilmu itu datang dari Allah.Rezeki itu datang dari Allah.Kita sebagai makhluk Allah yang lemah bagiNya perlu bertawakal kepada dia Allah dan bertakwa. Allah tidak minta kita untuk kaya atau miskin.Allah telahpun memberitahu kepada kita supaya tekun,usaha takwa dan bertawakal kepada dia Allah subhanahu wa taala. Allah Yang Maha Berkendak ingin kita sentiasa berada disisiNya,berjaya keranaNya. Tunaikan perkara yang wajib dan fardhu yang dikenakan ke atas umat Islam. Jangan sombong atau lupa kepada ibubapa dan hendaklah berbuat baik kepada mereka.Perkara utama mengucap Dua Kalimah Shahadah , Kerjakan Solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadan, tunaikan zakat bila telah cukup haul dan nisab dan kerjakan Haji di Baitullah Mekah Al Mukaramah apabila mampu.
Perkara sunat jangan pula diabaikan walaupun perniagaan anda berjaya, kurang berjaya atau tidak berjaya. Amalkan selalu seperti bersedekah,solat sunat sepeti solat Duha(waktu solat sunat Duha pada waktu matahari naik sepenggalah) dan solat sunat hajat dan Istiqarah(bila-bila waktu pun boleh kecuali selepas solat waktu Subuh dan Solat waktu Asar) dan solat sunat Tahajud(waktu solat sunat Tahajud pada waktu sepertiga malam),berpuasa sunat dan ikhtiar yang terakhir berdoalah agar mendapat keberkatan di dunia mahupun akhirat.
Jangan kita berat sebelah kepada diri sediri apabila memilih dunia hingga lupa kepada Allah yang Maha Kaya dan Memiliki segalanya.Jangan pula kita menolak kehidupan dunia ini kerana kejarkan kehidupan di akhirat kelak. Bawalah ia seiring biar mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu wa taala.Inshaallah.
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Paparan yang sangat popular

Pendaftaran Percuma

Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)






Followers