Kali ni betul -betul Kaw kaw kena main dengan si penjual telefon..Pada sangkaan saya telefon jenis Redmi ni mahalah rupa rupanya kena game dengan bebudak city plaza alor setar..jika dahulu kalau nak kena game try pergi ke Kompleks Sentosa sah sah kena game...telefon harga rm80 pun mereka boleh jual dengan harga rm300.00 sebab saya pernah merasa dengan game mereka nih...kali ni pun sama juga...cuma barang bukan barang baharu...telefon redmi terpakai..Saya kena game dengan harga rm240.00...Redmi 5A jika nak ikutkan harga baru model lama setakat harga rm250.00 sahaja...cuba google kat shopee...saya kena game dengan anak melayu nih...kalau nak diikutkan telefon saya jika diperbaiki baru Rm180.00...tapi dek kerana perangai anak muda nih memang suka ambil kesempatan bukan mahu menolong tapi mahu mengaut keuntungan...setakat lama mana lah rezeki kamu dapat bertahan jika suka ambil kesempatan terhadap orang lain ketika mereka itu dalam kesusahan dan memerlukan..dah telefon tu beli dengan harga seperti baru..bila tiba masa updates langsung kena sekat...bila datang jumpa dalam masa 3hari tergamak kamu menyuruh saya ke kedai sebelah untuk lepaskan sekatan..wah...kamu ambil untung berganda kot...saya tahu kedai itu bukan kedau kamu dan kamu cuma pekerja yang makan komisen bermakna kamu sudah rosakkan perniagaan anak muda...tapi saya mula mengsyaki rupanya mereka memang menjual barangan terpakai dan tiruan..rom pirates..tahulah kamu tu pakar tetapi sampai gamak hendak mencari keuntungan sampai sanggup berputar belit kerana mahukan wang lebih..agak agak lah...cubalah jangan jadi hamba duit...yang wajib tuhan perintahkan kamu tak mahu turut...kehendak orang yg menyuruh kamu turutkan...semoga terbuka pintu hidayat untuk kamu...
ni satu lagi kedai kat Anggerik Alor star kedai OPPO lah konon dulu kalian kenakan cas 50sen ketika bayar bil air atau letrik kali ni amek cas rm50 utk lepaskan sekatan..haram kot boleh...kamu memang tak buat apa apa pun...hanya keluarkan sim kad saya lepas tu esoknya kalian suruh datang kutip...telefon haram kot boleh lepas sekatan...heiii...kenapalah mereka ni anggap aku bodoh..sebab saya tidak dapat saman ke sebab tiada bukti..atau dah kaya sangat..kalau dah kaya kenapa kalian masih mahu meniaga??!
saya nak ketengahkan fikir mereka anak muda yang baru berjinak dalam dunia perniagaan..Kalau saya buat laporan pada KPPDNHK tak pasal je meringkuk ke penjara...
Harap mereka yang dapat tahu perkara nie lebih berwaspada terpulang kepada kalian..nak musnahkan masa depan perniagaan mereka atau sebaliknya..terserah..
kat cni boleh hatchtag je lah..
#janganjadimangsalanuncetakrompak
#janganjadipenipu
#jagamasadepanusaha
No comments:
Post a Comment