Aku nak cerita pada kali ini mengenai penggunaan Bahasa Malaysia.Jika dalam blog atau mesej telefon sudah tentu tanpa mengambil kira mengenai penggunaan tatabahasa yang betul tetapi boleh mempengaruhi kepada kegunaan rasmi ketika menulis dalam ruangan iklan ataupun surat rasmi .Penggunaan bahasa Malaysia sekarang ini boleh dikatakan menjadi bahasa "rojak".Bahasa kita banyak menggunakan perkataan yang diambil atau pinjam dari bahasa Sanskrit,English ataupun Johor Riau.
Contoh seperti di atas.Perkataan yang digariskan dengan warna merah atau tertulis "minima".
Perkataan itu adalah ayat pinjam dari Bahasa English.
Orang boleh faham apa maksudnya tetapi salah atau silap dari penggunaan tatabahasa .Ayat yang sepatutnya adalah "minimum" bukan "minima"
Jika kurang pasti dengan jawapan yang saya berikan sila semak ke laman http://www.dbp.gov.my
Ada banyak lagi yang kesalahan atau kesilapan perkataan yang di eja bukan setakat pada gambar yang aku tunjukkan malah di stesen televisyen,radio dan buku juga tak kurang hebatnya.Kalian mungkin tidak perasan akan hal ini.Bila tatabahasa sudah tidak betul dari segi kegunaannya dan penyusunan ayatnya salah atau silap berkemungkinan kepada orang kita boleh faham tetapi bukan kepada orang kita yang membelanjakan wang untuk belajar Bahasa Malaysia sudah tentu rasa kekok atau tidak faham kerana kegunaan atau penyusunan ayat dalam Bahasa Malaysia sudah tidak betul...
Contoh kesilapan:-
contoh ayat yang dipinjam dari Bahasa English yang di eja atau ditulis
Station ejaan Bahasa Malaysia adalah stesen bukan lagi stesyen
contoh kegunaan "di" - dibahagian yang sepatutnya di bahagian.
contoh ayat yang berakhir dengan K kemudian ditambah kancontoh "jarakkan" bukan "jarakan"
contoh ayat"hak cipta"bukan "hakcipta"
contoh "mencintai" bukan "menyintai"
bukan Banyak organisasi-organisasi tetapi Banyak organisasi
bukan Banyak perkara-perkara tetapi Banyak perkara
bukan Beberapa orang peminat-peminat tetapi Beberapa orang peminat
bukan Empat unsur-unsur yang berikut … tetapi Empat unsur yang berikut..
bukan Setiap satu tugas/Tiap satu tugas tetapi Setiap tugas/Tiap-tiap tugas
bukan Berbagai isu-isu tetapi Berbagai-bagai isu
bukan Di kedua buah negara tetapi Di kedua-dua buah negara
bukan Merangkumi berbagai kegiatan tetapi Merangkumi berbagai-bagai kegiatan
ada banyak lagi kesalahan atau kesilapan tatabahasa dan penggunaan ayat yang terdapat di mana-mana sahaja.
Bukan senang hendak cari senang.....
Bukan susah hendak cari susah....
No comments:
Post a Comment