Pertengahan minggu yang lalu,telah berpindah ke rumah yang baru...pada kali ini tinggal berkongsi maka mulalah membeli barangan yang diperlukan kerana sebelum ini aku tak beli sebabnya pada masa itu aku menyewa bilik sahaja..
haha..inilah dia beli pada harga RM80...murahkan?katil bujang atau dalam Bahasa English pula single bed...tidak termasuk tilam..tilam yang paling murah pun pada harga RM80juga...kalau tengok bantal tu memanglah dibawa merata setiap kali pulang ke Kuala Lumpur atau berkursus.Pada mulanya katil yang hendak dibeli adalah katil kayu pada harga RM126..cantik katil kayu itu,ada laci di bawah.Memang berkenan sesangaat tapi apkan daya kekukuhan dan ketahanan katil itu mula dipertikaikan.Lagipun harga katil itu melebihi pada paras RM100.Kalau sudah melebihi pada paras tertinggi atau melebihi pada pendapatan sehari,barangan itu sudah dianggap mahal.Keperluan tidak perlu yang yang mahal sehingga melebihi pendapatan sendiri...Lainlah mempunyai pendapatan sampingan.
Almari berlaci bertingkat atau panggilan sinonimnya drawer dibeli pada harga RM45..mahal juga..kalau dari segi ketahanan laci itu memang berbaloi dan mudah untuk dibawa semasa pemindahan.Bagus dan sesuai untuk orang bujang.perghhh...nak buat promosi hujung tahun agak nya aku ini..
Almari kain...pssstt..nak beritahu nie...almari ini aku dapat percuma sumbangan daripada orang kaya..Tauke kedai Nasi Ayam di Lencong Barat.Kebetulan ketiadaan almari puas fikir bagaimana aku gantungkan kain baju yang diletakkan pada penyangkut baju.Alhamdulillah...ada juga insan yang bermurah hati...Kalau tidak silap harga di kedai RM55 sahaja...perghhh..murahnya...
Mesin basuh buatan Jepun untuk isian 5.5kg,beli pada harga RM269...mahal juga...puas sudah ronda bermula pada pukul 4 petang hingga waktu Maghrib mencari mesin basuh pada harga RM200 ke bawah...Cari di pasar raya Alor Star Mall,mesin basuh isian 6.5kg pada harga RM289...cari pula di kedai yang lain,kedai yang ada jualan murah...jumpa mesin basuh isisan 6.5kg berharga RM279 tanpa jaminan...di kedai yang sama 7.0kg berharga RM299...cari juga di kedai yang lain tetapi harganya sangat mahal atas alasan berjenama..
Suka hendak menyarankan untuk pengetahuan semua,berhati-hati atau jangan membeli barangan keperluan daripada kehendak pada hujung tahun...cari kedai yang tiada pengunjung untuk siasat harga barang...selalulah buat perincian disetiap kedai yang kalian kunjung...tapi kalian berduit banyak atau berlebihan duit, beli sahajalah sampai habis duit itu...hehehe...saya tak kisah...bukan duit saya..
menarik kepada penulisan seperti bentuk diari ataupun dalam ertikata lainnya novel monolog.Perihal dalam blog ini berkisar kepada apa yang patut enak untuk ditulis dalam tujuan berkarya atau hobi setelah bosan dengan hobi hobi yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paparan yang sangat popular
-
Aku nak cerita pada kali ini mengenai penggunaan Bahasa Malaysia.Jika dalam blog atau mesej telefon sudah tentu tanpa mengambil kira mengena...
-
Today I want to invite you to think for a moment about Malaysia. I born in Malaysia . What do you think about Malaysia ? What is interesting...
Pendaftaran Percuma
Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
katil tu beli kat mana aa ??
ReplyDeletealor setar dkt kdai kcs dkt ngn mktab mahmud
Delete