Wednesday, May 16, 2012

Pasaran Saham oiii

Hello kawan-kawan...lama juga aku menyepi dari blogging  atau fb...biasalah bukan kerana sibuk..aku sedang belajar sendiri-sendiri di rumah untuk trading..aku memang suka pasal spread ke trade le share ke..sebab utama  kerana mengisi ilmu pengetahuan.
sebelum ni aku join forex trade....aku ada banyak kerugian dari keberuntungan kalau mengikut dari sejarah spread forex ini..

cthnya:-
          
mcm aku spread seperti gambar di atas..Kalau nak dijadikan cerita memang aku tak pernah dapat keuntungan...Awalnya memang la aku ada keuntungan sedikit tak sempat aku nak close spread...duit pun dah habis...inilah risiko yang utama kalau tak ditipu bila berada dalam dunia forex...dunia forex ni kita cuma perlu pandai spread kemudian ekuitinya mestilah dapat menampung sepanjang kita spread ...keseronokan bagi aku  adalah aku dapat belajar tentang saingan matawang dunia yang  mana satu-satunya matawang itu jatuh atau naik...


Kemudian aku cuba mengadap ke arah institusi kewangan sebagai contoh cimb,maybank dan rhb.Setelah  aku  dapati aku tiada keuntungan dalam forex aku mencuba pula trade di Maybank.Minimum untuk aku buka akaun pada masa tu tak silap aku hanya sepuluh ringgit.Bermulalah era pada hari itu aku membeli LOT-LOT saham dari syrikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia..Seronok juga  sebab  hati aku terhibur walaupun  aku  tidak ada keuntungan mungkin sebabnya aku kecetekan ilmu mengenainya
cth:-.


 aku boleh beri sedikit maklumat mengenai pembayaran untuk unit dan lot saham serta cukai dan komisen  broker...adalah aku sarankan kepada mereka yang ingin mencuba membeli saham atau ingin buka akaun trade yang  utama sekali ialah  pastikan anda akan beroleh keuntungan setelah di tolak dari komisyen  broker sebanyak RM12.00 ,duti stem RM1.00 dan pelepasan  cukai 0.06.pastikan keuntungan melebihi dari RM13.06 (jumlah setelah dicampur )..
misalan setiap unit  berharga 0.05sen .
cth     :-   1lot = 1000 unit
1000 x 0.05 = 50.00
50.00 +13.06 =63.06 1 lot saham

katalah pada masa itu anda membeli 10 Lot saham dengan berharga 0.05sen seunit  dan modal pada masa itu adalah 513.06rm jika setiap 100 unit anda mendapat untung adalah 0.05
100 x 0.05=5.0sen
kemudian 5.0 x 100 = 500rm
setelah itu ditolak dengan 13.06

Jika kita membeli dengan kuantiti sedikit boleh  menyebabkan kita tidak  dapat keuntungan akibat dari komisyen,stem  dan  cukai.
Tetapi dah memang rugi akibat share tak menjadi mereka mengalami kejatuhan nak  buat  macamana...terima je la padahnya...

cth                                                                                                                                                              

yang  diatas ni  pula trade cimb....lebih baik kita suruh  wang kita bekerja  untuk kita sambil mengisi masa lapang dan jadikan pelaburan  saham  itu sebagai hobi berbelanja bila ada wang lebih...jangan guna wang simpanan untuk membeli pasaran saham  seperti diatas tetapi beli unit trust seperti bon saham yang ada dijual oleh institusi kewangan di Malaysia


Monday, April 16, 2012

Seronok bila ada kamera

 Aku tak ada gambar nak diambil sebab  tak ada kamera...hehehe(aku ketawa  sendirian) bukan tak mahu beli...hajat hati tu memang la nak beli tapi   bila sampai  masa ke kedai tengok  kamera jiwa aku jadi tak mahu beli bukan kerana sikap penjual yang tak mahu  pandang aku  dengan   sebelah  mata..(ceh..maklum je lah benda nak bagi untung..bisik hati aku)
Cuba bayangkan benda  berharga RM3k keatas..wang titik peluh aku selama dua tahun kumpul..baru boleh nak beli..dalam sekelip mata duit tu habis...nak kumpul sampai merah  biji mata...nak  bagi perabis tak sampai lima minit....Lain lah kalau aku anak vip ke vvip ke atau isteri aku vip atau vvip ataupun aku sendiri yang vvip atau vip..bukan setakat kemera yang datang cari...malah tukang bawa kamera pun aku boleh ada..
Yang sebenarnya aku bukanlah  dikira peminat setia dalam bab kamera..setahu aku bagi mereka peminat setia kamera ni..boleh cari makan sampai ratusan ribu dalam masa yang singkat...tak tahu pula bagaimana caranya..sebabnya aku belajar pun setakat boleh  ada  sijil menengah je..bukan aku  hendak merendahkan diri pasal bab pembelajaran ni kerana aku  tahu...kita boleh belajar apa yang kita tak tahu tapi kalau dah  tahu kita kena pula memahaminya bila dah faham kita kena pula mengerti..jadinya bila dah mengerti bermakna  kita sudah   bersedia dengan apa jua cabaran yang bakal mendatang...
 Kalau hendak beli yang murah  tu memang le boleh..bagi aku  kalau dah  alang-alang membeli tu baiknya  aku  jadikan  ia  sebagai kerjaya yang mencabar kredibiliti seorang jurukamera yang tak  bertauliah...Mahu ke mereka dengan jurukamera yang tidak  bertauliah ni...pakejnya memang murah..tapi kualiti gambar  atau  sentuhan situasi pada gambar tentunya kurang menarik..ye ke...(pandainya aku menilai)..
Pada mulanya aku rasakan ia satu  keperluan  bagi aku...masakan tidak..bila dah  jadi  ahli blogger ni...tentunya  akan dapat  menghidupkan suasana blog aku  nanti...huuhhuhu(ceh..aku dah  tangkap syahdu..)Bayangkan bila aku masuk hutan kemudian jumpa air terjun dengan  kilauan percikan air  terjunya  laksana mutiara dan  berlian  bertaburan....perghhhh.....kayanya sumber hutan malar  hijau..kemudian aku hidupkan dengan waktu subuh antaranya  titisan embun yang berguguran...sketch..sketch...aku ambil gambar satu persatu  air embun dalam 1 saat 30 gambar...aduhhhhh....cantiknya..
kemudian terlihat pula keceriaan beberapa orang sedang  bermandi-manda pada  waktu  tengaharinya.. sketch..aku ambil  gambar...kemudian  terlihat  pula  awek  cun(part  ni  kena kepala cun ckit...)sedang  termenung  riang  sambil mencuci tangan...
seronok...seronok..seronoknya  kalau  aku ada kamera...
(seronok ke ada kamera?!!bentak hati aku)huhu...bilamana yang kita mahu  semacam  diperlukan memang lah  rasa seronok...nanti lama kelamaan tentunya rasa bosan dengan  sikap ego kamera..bila ianya perlukan
nafkah..kerana kita dah dapat  untung kot..sebab tu le dia buat  hal..ye la..cuba fikir  sedangkan baju  yang  dipakai tentu boleh  koyak..takkan benda yang setiap hari guna  tanpa diulik macam bidadari atau  bayi itu tidak mendatangkan masaalah...Hermmm...buat  aku  terfikir lagi...patut ke aku memiliki kamera..???kalau  fikir seronok memang patut  aku ada tapi bila fikir mendatangkan masaalah tentunya  aku  tak mahu memilikinya....aduuuuhhh...aku  dalam dilema...
Aku pernah  juga membuat risikan  mengenai hal pemilik  kamera  ni aku bertanya mengalahkan wartawan  ataupun  detektif yang menyoal suspek...benda yang patut aku menganalisis terlebih dahulu...aku  kena selidik sedalam lautan yang terbelah semasa Nabi Musa menghentak  tongkatnya  setelah  menerima  wahyu  dari Allah..amboiiii  selidik sakan aku ni....Kalau  aku ada kamera pada zaman tu dah  tentu aku dah  tiada  pada dunia hari ini..yang ada hanya hasil kerja aku....untungnya aku  ada  pada hari ini....sekurang-kurangnya  dapat   juga aku menulis tentang keseronokan memiliki kamera...

Saturday, April 14, 2012

Perniagaan Hari Ini

Hari ini aku nak berceloteh pasal kewangan kita di rumah.Hehehe kalau dunia  hari ini yang  dapat  kita lihat hanyalah  urusan politik  dan kita  pula dalam menjana pendapatan  sendiri sambil bekerja.Kalau  kita  lihat hari ini semua nya  dalam kerja yang  mudah.Contohnya kalau  mahu  duit kenalah  kita  bekerja.Aku bukan nak syor  atau  galakkan  cuma bercerita pasal menjana  kewangan.Kalau nak diikutkan  duit  setinggi gunung pun  memang  tak  cukup.....betul tak..
Ok ini cerita pasal institusi kewangan kita di Malaysia..Yang  pertama PNB..setiap tahun mereka akan  beri dividen lebih kurang 8%..jika kita ada menyimpan  di PNB(Permodalan Nasional Berhad) cuba kita ada menyimpan  RM 1000.00 setiap tahun  dividenya  adalah RM80.00...banyak tak..jika lagi banyak kita  menyimpan lagi  banyak lah  dividennya...
Kemudian kita  lihat  dari  segi bentuk logam berharga contohnya  emas..emas adalah  tidak kententuan  harga  pasaranya  tetapi  boleh  dikatakan  setiap  tahun nilainya  meningkat..jadi  ada  beberapa  institusi kewangan di Malaysia yang menjual seperti dalam  bentuk logam  ataupun saham.Kita  boleh membeli  dan  menjual pada  bila-bila masa...jika mahu keuntungan  beli pada  masa  murah jual pada masa  harga tinggi..semuanya ini memerlukan  jangka  masa  yang  panjang...
Kemudian jika kita suka  dengan  pelaburan  jangka  pendek..kita boleh membuka  akaun  di mana -mana  institusi  yang ada menjalankan  urusan pelaburan kongsi atau  trade..contohnya kita membeli  saham MAS dalam harga 0.25 sen seunit..kita beli  dalam kuantiti  yang banyak seperti 10 Lot...1 Lot bersamaan 1000  unit...bila harga tutup MAS pada kadar 0.30sen..kita sudah  boleh  menjualnya..banyak untung tak kalau  seunit  untungnya sebanyak 0.05sen...hehehe
dan ada juga syarikat yang menjalankan  pelaburan saham tanpa  sah dalam negara  kita...maklum je lah  dunia  dah  canggih...contohnya emas  dalam  syarikat luar negara...kalau  anda  berani  nak  cuba  tak  salah tapi kalau rugi disebabkan  tertipu anda tak  boleh  salahkan  mana-mana  pihak.
dan  juga  perniagaan  di rumah yang anda  boleh jalankan seperti jual  beli  duit antarabangsa...seperti  yang  diketahui  ramai  iaitu  saham FOREX ...hal ini adalah  merbahaya..anda boleh  untung  kalau  anda  pandai..sebaliknya  anda akan  rugi  sentiasa  walaupun  anda pandai...sebabnya tiada  siapa  yang  dapat meramalkan turun naik harga  wang di pasaran dunia..kecuali anda seorang penipu..
Kalau  anda  berani masih mahu  mencuba saya  syor ikut nasihat Bank Negara..pelaburan selamat adalah dengan institusi  kewangan yang ada di Malaysia....
Kalau meniaga paling untung  dunia  akhirat adalah menyampaikan amanat rasulullah kepada orang lain  dengan  ikhlas..perniagaan  seperti  itu adalah  yang terbaik kerana tiada  kerugian.....

Monday, March 19, 2012

JIWANG.ORG :: Keeping Up With Entertainment Asia

JIWANG.ORG :: Keeping Up With Entertainment Asia
Hari ini aku dah layan masuk kat JIWANG dah..tempat forum dan muat turun bermacam-macam fail..tapi aku tak pernah pun sampai di JIWANG ni..sempat lah aku  berchating(maksud dalam bahasa malaysia borak-borak)
rasanya aku tak cerita pasal JIWANG ni secara terperinci sebabnya aku masih baru je jadi ahli jiwang..rasanya kalau kamu semua nak cuba JIWANG ni cuba klik url di atas...mungkin kamu semua faham apa itu JIWANG..aku ni dah naik penat dah layan kat JIWANG...puas klik..kejap ada bahasa malaysia kemudian ada pulak bahasa english ..puas cari movie nak download...tapi tak reti daaaaa...ok...aku nak layan JIWANG ye...nanti aku cerita atau ada artikel yang menarik khas untuk pengujung http://nasylo37.blogspot.com


Paparan yang sangat popular

Followers

Senarai Paparan