
Pada masa ini mula aku terkenang pada bulan Raamadhan yang telah lepas.Semasa belumnya lagi Atuk dan Nenek kembali ke rahmatullah.Seperti kebiasaan bila tibanya Ramadhan kami pasti berbuka puasa di rumah mereka.Rumah yang kini telah tiada termasuklah juga tuanpunya rumah ini.Cuba lihat pada gambar di atas.Kejadian ini berlaku selepas mereka telah tiada di dunia ini.Rumah mereka hangus sama sekali tiada apa yang tinggal lagi melainkan tapak rumah itu.Gambar ini di kirimkan oleh adikku.Semasa kejadian aku tidak ada di situ.aku hidup dalam perantaun di utara Tanahair tercinta.Kalau tak silap aku kejadian berlaku pada 2 tahun yang lepas selepas setahun Atukku kembali ke rahmatullah.Nenekku pula sebelum atukku kembali kerahmatullah.Semasa beliau meninggal dunia aku berada di Kedah kerana bekerja.Aku tidak dapat melihat wajahnya buat yang terakhir ,kini aku terkenang semasa keriangan aku menyambut Ramadhan dan Syawal bersama mereka.Memang dah menjadi resam manusia,hidup pasti merasai mati.
Ya Allah,,sempena bulan ramadhan yang mulia ini ,kau ampunilah dan rahmatilah keatas ruh atuk dan nenekku agar mereka terlepas dari seksaan api neraka.Juga ke atas kaum muslimin,muslimat,mukminin dan mukminat....Amiin
No comments:
Post a Comment