Hari Kemerdekaan sudah semakin hampir.Seronoknya semakin terasa maklum jer..kena lah pulak pada bulan Ramadhan...Hari umat Islam berpuasa..disamping memerdekakan diri menahan lapar dan dahaga,memperbanyakkan amal ibadat yang banyak ganjaran pahala yang diberikan yang berbeza pula pada bulan-bulan yang lain.Jadinya pengertian kemerdekaan tanahair yang tercinta ternyata sedikit sebanyak dapat juga dirasai betapa peritnya sebelum merdeka.Sebagai anak merdeka,aku berbangga dengan perjuangan tok nenek yang memperjuangkan tanahair bagi memerdeka negara.Kehidupan mereka sebelum merdeka dahulunya sudah tentu perit dan memilukan.Bagi kita yang tidak lahir pada zaman sebelum merdeka sudah tentu tidak memahami dan mengetahui keperitan dan kepayahan di zaman penjajah.Mungkin pada masa sekarang mereka yang lahir pada sekitar 20an tiada lagi di zaman kita yang serba maju dan membangun.Jasa pengorbanan mereka terlalu besar lebih-lebih lagi anggota perajurit yang terkorban pada zaman sebelum merdeka yang mempertahanka negara daripada di jajah.Hari ini kita bebas,bebas yang ada batasan dalam aturan hidup perundangan sebagai manusia berperikemanusiaan.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! itulah laungan selama 53tahun setiap kali hari bersejarah bagi negara ini pada 31 OGOS.
Wajah Malaysia semasa mencapai kemerdekaan pada 31 OGOS 1957
Kini Malaysia sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan bertemakan
1 MaLAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
I Love Malaysia...MERDEKA ! MERDEKA !
ReplyDelete