Sunshine Empire Sdn. Bhd. Mengaku Bersalah Mengambil Deposit Secara Haram
Sunshine Empire Sdn. Bhd. yang dituduh di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa mempunyai lesen yang sah di bawah seksyen 6(4) Akta yang sama, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Jun 2010.
Syarikat tersebut mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pengambilan deposit tanpa lesen yang sah di lokasi berikut:
(i) Blok A-11-1 (Tingkat 13) Penthouse, Menara Uncang Emas, 85 Jalan Loke Yew, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 14 Julai 2006 hingga 17 Oktober 2006; dan(ii) Tingkat Bawah & Tingkat Satu, Bangunan KUB.com, 12 Jalan Yap Kwan Seng, Dang Wangi, Kuala Lumpur antara 18 Oktober 2006 hingga 4 April 2008.
Syarikat tersebut yang diwakili oleh pengarahnya, Mohd Azlan Bin Azman, dikenakan denda sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan.
Orang ramai diingatkan supaya tidak menyimpan wang atau deposit dengan institusi yang tidak berlesen atau terlibat dengan sebarang bentuk skim cepat kaya bagi mengelak daripada kehilangan wang mereka. Senarai institusi-institusi yang dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit boleh didapati di laman sesawang Bank Negara Malaysia diwww.bnm.gov.my.
Berwaspada dengan Panggilan Telefon, E-mel atau SMS Palsu Meminta Maklumat Perbankan Peribadi
Orang ramai dinasihati supaya tidak mendedahkan nombor pengenalan peribadi dan kata laluan mereka kepada pihak ketiga dalam apa jua keadaan pun. Bank Negara Malaysia dan bank-bank perdagangan TIDAK AKAN meminta maklumat perbankan peribadi atau pengesahan transaksi kad kredit melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS.
Orang ramai yang menerima permintaan sedemikian dinasihati supaya tidak memberikan maklumat yang diminta dan menghubungi bank masing-masing dengan segera untuk mendapatkan penjelasan. Maklumat lanjut berhubung dengan skim kewangan secara haram boleh didapati daripada laman 'Amaran Penipuan Kewangan (Financial Fraud Alert)' di http://fraudalert.bnm.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau melawat Bank Negara Malaysia di:
- BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faks: 03-2174 1515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
- Untuk menghantar pertanyaan melalui perkhidmatan SMS, sila taip:
BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda]
dan hantar kepada 15888
(Penghantar akan dikenakan caj oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi sebanyak RM0.15 bagi menghantar mesej dan RM0.20 untuk menerima mesej)
- BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Bank Negara Malaysia,
Tingkat Bawah, Blok D
Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
pelawaan memberi maklumat

No comments:
Post a Comment