Mereka yang berada situasi pertengahan ini kebanyakan mahu menjadi hebat dalam ertikata lain mahu maju lagi setapak.Tidak dapat dinafikan semua orang ada berkeinginan yang sama dengan golongan pertengahan .Percaya atau tidak bergantung kepada tekanan yang dihadapi..contohnya desakan rakan-rakan tempat kerja ataupun ahli keluarga ataupun desakan trend(alaf baru)...
Kita boleh menjadi saksi dengan situasi hari ini dan cuba nilai..bukan jatuh hukum tetapi nilai mereka dengan cara pandangan peribadi pada sudut yang positif.OK---contoh berkereta ke tempat kerja..cuba tanya diri anda adakah ianya satu keperluan atau kehendak??...
bagi mereka yang sudah berkereta pastinya soalan yang timbul kenapa kereta aku rasakan kurang menarik kereta orang lain makin cantik...persoalan ini bukan yang utama ...ada sesetengah di atara mereka mengambil jalan mudah dan berpuashati...contohnya jawapan yang mungkin kita dengar dalam ertikata lebih sinonim..tak apalah..nanti ada wang lebih kita beli baru yang lebih baik dari itu..
Satu kata semangat yang terasa sangat impak besar kepada hati orang lain yang mendengar juga kepada yang berkata bagi tujuan melapangkan hati akibat desakan...
Patut tak kita berada dalam situasi menjadi orang yang hebat...sepertimana yang kita ketahui untuk menjadi orang yang hebat memerlukan persaingan yang hebat diantara yang terhebat.Bererti hidup berisiko tinggi.Ada orang yang hendak menjadi hebat sanggup melakukan apa saja demi maruah dan darjat..kita boleh lihat melalui persaingan drama atau muzik ataupun sukan.....
kalau zaman dahulu contoh dalam dalam zaman sebelum saya lahir atau zaman perang dunia..adakah atas tujuan siapa yang lebih hebat...
Dunia hari ini dijanjikan tidak akan berlaku persengketaan yang melibatkan terkorbannya nyawa rakyat yang tidak berdosa demi menebus maruah.Hari ini kita dapat lihat serba sedikit persaingan berlaku melalui undian bagi merebut jawatan.Demi menebus maruah negara pula dengan cara bersukan dan ekonomi .Jatuh bangunnya ekonomi melalui kestabilan senario politik .Kalau dibandingkan negara yang hebat seperti Amerika Syarikat,Rusia,Arab Saudi dan Jepun antara satu persaingan yang amat hebat melalui teknologi dan ekonomi.Hari ini kalau di lihat perkembangan pesat sesebuah negara adalah melaui ekonomi dan senario kestabilan politik.
Pernahkah kita terfikir dan bertanya pada diri sendiri atau tanya pada hati sendiri...Patutkah aku menjadi orang yang hebat ****....??
bukan anda sahaja terfikir malah setiap manusia akan terfikir dan tertanya-tanya bagaimana hendak menjadi orang yang hebat kerana mereka...
Oleh itu ramai kita lihat terkeluarnya penceramah bebas yang berpendidikan tinggi atau yang palsu memperkenalkan produk mereka yang ternyata hebat antara yang hebat...
Sebenarnya saya boleh buat kesimpulan adalah melalui yang mana lebih perlu..seperti yang kita ketahui keperluan asas manusia adalah Makanan,Pakaian dan Tempat tinggal..
Pada pendapat saya tentang menjadi orang yang hebat ....saya akan timbulkan satu persoalan untuk diri saya ..."Hebatkah aku pada pandangan Allah"
No comments:
Post a Comment