Bagi pandangan saya tiada yang istimewa keatas diri saya melainkan saya kena mencuba sedaya yang mampu.Jika saya melakukan sesuatu yang melampaui daya saya contoh mengangkat batu yang sangat besar kemudian pikulnya dalam jarak 10KM sudah tentu saya tiada berdaya jika saya seorang yang bijak tentulah saya mengangkat batu itu dengan bantuan orang ramai ataupun menggunakan khidmat kenderaan.Jikalau batu itu lebih besar daripada kenderaan pastinya kenderaan itu juga tidak mampu .
Setelah berumur dewasa ini bermacam pengalaman yang saya tempohi tetapi tidaklah menarik seperti mereka yang telah berkahwin....betul tak...???perjalanan mereka yang telah berumahtangga yang pasti agak mencabar lebih lagi kepada kaum wanita.Mereka sanggup menggadai nyawa kerana cinta dan kasih kepada warisan zuriat keturunan.
Dewasa ini saya amat kagum dengan kegigihan seorang wanita dalam menempuh dugaan sebagai seorang ibu dan isteri.Mereka bekerja mereka mengasuh mereka menjaga....berat berat berat....bukan satu perkara yang mudah untuk digalas kepada mereka yang tidak memiliki kecekalan dan kesungguhan.
Indahnya dunia hari ini,...syurga indah..disinilah tempat percubaan dan menggali ilmu untuk dibawa ke alam barzakh kelak...
insyaalllah....
No comments:
Post a Comment