Monday, November 21, 2011

Resepi Mee Hailam Bujang Teruna

















Pagi ini aku nak memperkenalkan resepi masakan teruna bujang.Celik je mata aku terus ambil mee segenggam.Lapar sangat ni...Adat teruna bujang kalau tidak makan di kedai sebabnya mesti kalian tahu,punca utama pertengahan bulan atau hendak berjimat...hahaha
OK...sekarang tengok resepi yang saya nak bagi nie...mudah  dan  cepat.

  • ambil sebiji bawang merah yang  kecil
  • seulas bawang putih
  • mayonis salad  buah-buahan
  • kicap
  • sos cili @ sos tomato(lagi bagus  bagi  mereka yang  pandai buat sos)
  • telur
  • sedikit ayam atau daging
  • mee basah
  • lada hitam
  • sehelai daun limau  purut
  • sedikit sayur
  • minyak masak
  • segelas air masak(air  mineral pun  boleh)
  • Daun Ketumbar(sebagai Hiasan)
  • Daun Bawang(sabagai  Hiasan)
tu  dia bahan-bahannya mudah tak?tanpa garam.....kalau nak rasa garam atau berperisa boleh bubuh.tapi saya lebih selesa dengan tanpa garam atau perisa secukup rasa sebabnya mee tu pun dah cukup masin rasanya...atau mee tu bolehlah direbus dahulu jika mahu masukkan garam dan  perisa secukup  rasa.
Mula-mula masukan daging yang telah  dipotong halus-halus nipis terlebih dahulu..ke dalam minyak yang  telah dipanaskan,,sesudah daging tadi cukup masak, masukkan pula bawang merah,putih dan  lada hitam. Setelah  naik bau...masukkan pula kicap pekat tadi dan air juga  mee,,,masukkan pula sos cili dan mayonis salad buah-buahan..masukkan  pula  telur  dan  daun limau  purut.juga  sayur (tanpa  sayur pun  boleh)kemudian boleh lah kita  makan...kalau kalian  nak  hiasan boleh  bubuh  daun bawang  dan  daun ketumbar  yang telah  diricih  halus ataupun tomato dan daun salad.

2 comments:

  1. mee hailam ko menarik bang..aterr lepas nie ko masak lak sapgetti goreng lagiiii jimat...sbb spageti tu ko leh simpan lama..mee kuning x leh simpan lelama...

    ReplyDelete

Paparan yang sangat popular

Pendaftaran Percuma

Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)






Followers