adeihhh...sudah dua hari dua malam tak dapat nak online,banyaklah bz pulak..mula-mula nak tengok orang sambut merdeka macamana,tapi aku kena keje...perghhh...meter pada paras tertinggi...kesian aku...huhu..orang syok sambut merdeka tapi aku kena keje..kalau cuti boleh gak snap wajah-wajah yang ceria sambut merdeka..tapi apakan dayaku..aku ada tanggungjawab yang perlu digalas...hehe...."["semangat gilernya aku nie""]tulah dia semangat jiwa patriotik.Yang penting aku merdeka dengan adanya satu tanggunjawab,satu kewibawaan dan satu kemahuan semasa bekerja...[""ishhhh...ada btol ke aku ni...poyo la plak"']....gembira gak tengok diorg nak sambut merdeka malah ada juga yang mengambil kesempatan menipu ibubapa dan keluarga semata-mata nak sambut merdeka....bagusnya...!!kerana semangat untuk keraian negara tapi ianya satu budaya yang tidak berani hadapi kenyataan kalau diajak turun ke medan peperangan atau diajak bekerjasama,orang seperti ini akan merosakkan satu perjuangan yang bertekad mempertahankan imej atau reputasi.tetapi bagi mereka yang bijak mempergunakan mereka ini sudah tentu mendatangkan satu keberhasilan yang amat memuaskan.
Untungnyaaaa... sambut merdeka pada tahun ini kerana disambut pada bulan Ramadhan ianya ketika umat islam sedang menjalani ibadah berpuasa sedikit sebanyak dapatlah gak merasai apa erti kemerdekan.Sekarang ini sudah 23hari mereka berpuasa...perghhh...biasanya kalau aku bersama saudara-mara dan adik beradik di KL memang kena cari pelita..tak kiralaaa macamana bentuknya pakai tin susu ke,buluh ke atau beli kat kedai...kalau boleh biarlah kreatif...sejak dari dulu lagi ,sampai je bulan puasa ada satu malam tu bernama malam tujuh likur...sebelum kedatangan malam tujuh likur ni biasanya bapak aku bertanya samada pelita tak pasang ke...memang aku dah alert dah perkara ni awal-awal lagi,,sebelum kena tanya aku dah longgokkan tin dan tempurung untuk buat pelita...bila aku tak buat semua tu bapak aku akan buat...tapi bapak aku buat canggih sikit....dia pakai lampu warna-warni berkelap-kelip....kalau aku ada di rumah memangler keje aku kena gantung lampu tu....kira ikut selera yang okey saje sudah....Tetapi kali ini....[""part nie yang maleh nak story sbb ader touching skit""]aku keseorangan kat Kedah... lampu Likur pun tak payah nak buat.."[."hehe..kira merdeka la tu...""] bulan puasa pun aku tak dapat berbuka puasa sesama keluarga..rasa puasa aku macam tak ada erti jer,,apa taknya...setakat seperti aku tak balik berpuasa atau raya bersama mereka mungkin tak penting sangat kot tapi sangat-sangat bererti...mungkin ibubapa aku akan lebih seronok kalau aku penuntut di luar negeri maklum je kira mereka ni boleh la gak bantu-membantu ibubapa mereka...hehe...['''aku dah merapu dah'']
Sekarang sudah pun 23 hari berpuasa...7 hari lagi kita sambut Hari Raya...perghhhh..RAYA OOOiiii... adeihhhh....sedih jugak menyelubungi aku...sedih bercampur gembira..Pertama sedihnya bulan Ramadhan akan meniggalkan kita..dan gembiranya tibanya bulan Syawal untuk bersyukur bertahmid kepada Allah Taala.Kalau masa kecil dahulu bila tiba raya pastinya telinga aku kedengaran suara bapak aku bertakbir di telinga kanan aku sebab nak kejut aku bangun mandi untuk berhari raya...sekarang ni...kena la bangun sendiri...huhu...[''' sayu nya hati aku...''']
Ada satu perkara wajib bagi aku kalau dulu memang bapak aku kena pergi bayar....tetapi sejak aku sudah akhil baligh kenalah bayar...bukan bayar saman daa....bayar Zakat Fitrah mengikut sukatan kadar mana-mana negeri.Zakat Fitrah ini adalah wajib dikeluarkan bagi setiap individu yang beragama islam setelah dia akhil baligh yang tak wajib bayar seperti orang gila,orang murtad,hamba, para amil,kanak-kanak yang belum akhil baligh,anak yatim yang tak berkemampuan(kalau ada tanggungan kena keluarkan zakat fitrah) ianya hanya setahun sekali.Tadi aku pergi bayar zakat fitrah...untuk aku seorang je..aku belum ada tanggungan lagi.
Inilah yang seronok di bulan Ramadhan ramai umat Islam dapat kita lihat ke Masjid atau surau bagi mengimarahkan lagi solat sunat Terawih dan ramai umat Islam bersedekah pada bulan Ramadhan.Di bulan Ramadhan ini terdapat satu malam hari yang cukup istimewa daripada hari yang lain.Ianya di panggil malam Lailatulqadar.Mengenai malam ni,barangsiapa berdoa pada malam hari lailatulqadar atau sedang dia beramal soleh sudah pastinya ganjaran yang diberikan oleh Allah Taala cukup besar berbeza dari ganjaran amalan di hari-hari yang lain.perghhhh...seronoknya...akan lebih seronok bila beraya jika ada tanggungan(keluarga)...huhuhu...[''seronok kat mana ..ntah.. aku pun tahu.."]
menarik kepada penulisan seperti bentuk diari ataupun dalam ertikata lainnya novel monolog.Perihal dalam blog ini berkisar kepada apa yang patut enak untuk ditulis dalam tujuan berkarya atau hobi setelah bosan dengan hobi hobi yang lain.
Thursday, September 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paparan yang sangat popular
-
Aku nak cerita pada kali ini mengenai penggunaan Bahasa Malaysia.Jika dalam blog atau mesej telefon sudah tentu tanpa mengambil kira mengena...
-
E453), 4GB You could bring home one of these prizes below. All you need to do is invite your friends and get them to pair up with you. Wha...
Pendaftaran Percuma
Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
No comments:
Post a Comment