dalam fenomena biasa bila kita lihat ibu kucing memberi makan atau menyusukan anak-anaknya penuh kasih sayang dan manja.Pernah tak member blogger kita nampak kucing hitam langkah mayat atau si ibu kucing yang kejam terhadap anak-anaknya.Saya tiada gambar untuk dijadikan sebagai bukti dan saya tak berapa pasti samaada saya pernah lihatnya atau tidak kerana pada masa tu saya tidak ambil berat sangat.Kenapa si ibu kucing atau bapa tiba-tiba membunuh anak kucing jantan berbelang tiga.kalau anak kucing betina berbelang tiga pula di biarkan hidup.Saya tidak pasti.Saya hanya boleh buat cerita dongeng sahaja tentang kenapa si ibu atau bapa kucing belang tiga membunuh nya.
dahulunya sebelum kelahiran anak kucing jantan berbelang tiga dalam sebuah negeri atau taman ataupun perkampungan kucing.Bermacam-macam jenis kucing hidup dalam keadaan serba aman damai serta harmoni.
Satu pagi yang hening si ibu kucing berbelang tiga tiba masa untuk kelahiran anak.Maka pada saat itu si ibu dengan rasa gembira melahirkanya dibelai dengan penuh rasa kasih sayang.Ketika anak-anaaknya berumur hampir sebulan si kucing jantan menunjukkan satu sikap yang agresif seperti dalam keriangan,memanjat pokok yang tinggi sudah menjadi minatnya yang utama.
Pada suatu masa umurnya genap 1 tahun beliau telah menunjukkan sikap kurang ajar kepada ibu dan bapanya.Tiada dia mendengar kata si ibu dan bapa.Anak kucing jantan berbelang tiga suka mencari pasal dan berkelahi dengan sesiapa sahaja.Oleh kerana beliau yang sikap agresif dan angkuh ,kebijaksanaanya digunakan untuk menjadi penakluk,beliau sangat berani sehingga di geruni.Taman atau perkampungan kucing mulai menjadi dalam serba kekalutan,Tak kurang juga dalam ketakutan bila ternampak kucing jantan belang tiga.Kini perkampungan mereka sudah mulai tidak aman seperti ketiadaan ketenangan dan tiada suasana keharmonian.Mereka mulai bertelagah sesama sendiri.Kucing jantan berbelang tiga menjadi angkuh dan sombong dan setiap terjumpa sesiapa beliau akan menunjukkan ketangkasannya dan kekuatannya didalam beradu tenaga.Mulai saat itu si ibu kucing berbelang tiga dipersalahkan kerana melahirkan anak yang merosakkan suasana keharmonian yang ada selama ini.Akhirnya si ibu terpaksa mengambil langkah memusnahkan segala keegoan,keangkuh dan kebiadapan anaknya itu.Akhirnya anak kucing jantan berbelang tiga tumpas ditangan ibunya.Dan maka berjanjilah dan bersumpah si Ibu kucing berbelang tiga sehingga akhir hayat bahawa dia akan membunuh dan memakan anak kucing jantan berbelang tiga jikaada kelahirannya dan beliau telah meninggalkan pesan kepada anak-anak kucing betina berbelang tiga supaya meneruskan amanat dia sampai bila-bila.
menarik kepada penulisan seperti bentuk diari ataupun dalam ertikata lainnya novel monolog.Perihal dalam blog ini berkisar kepada apa yang patut enak untuk ditulis dalam tujuan berkarya atau hobi setelah bosan dengan hobi hobi yang lain.
Tuesday, September 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Paparan yang sangat popular
-
Aku nak cerita pada kali ini mengenai penggunaan Bahasa Malaysia.Jika dalam blog atau mesej telefon sudah tentu tanpa mengambil kira mengena...
-
Today I want to invite you to think for a moment about Malaysia. I born in Malaysia . What do you think about Malaysia ? What is interesting...
Pendaftaran Percuma
Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)
No comments:
Post a Comment