Saturday, August 14, 2010

Kad Plastik

Kehidupan hari ini kita amat beruntung,kita bebas dan ringan tanpa terbelenggu sebarang masaalah yang rumit atau berat.Kita  di sini hidup dalam aman dan harmoni.Negara kita telah merdeka selama 53 tahun.Kita sebagai  anak merdeka merasa bertuah dan beruntung tetapi merdeka kita bukan bererti boleh lakukan sesuatu tanpa rasa takut atau melampaui batasan peradaban manusia.Misalan kata,kita bawa wang  tunai  yang banyak,pastinya kita dalam kebimbangan.Oleh itu sebagai sebuah negara yang merdeka dan maju diperkenalkan satu sistem kad.Untuk kemudahan tanpa perlu menjijit beg yang penuh muatan dengan wang.
Kad debit adalah sama seperti kad ATM kecuali anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM anda. Anda boleh menggunakan kad debit di tempat-tempat di mana anda boleh membayar untuk produk dan perkhidmatan. Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak serta-merta daripada akaun bank anda. Sama seperti kad kredit, kad debit mudah digunakan kerana anda tidak perlu membawa wang tunai bersama anda.


Mengenai kegunaan  kad kredit pula menyebabkan ramai jiwa merdeka,terasa dijajah dengan sikap keberhutangan dan berbelanja lebih dari  kemampuan.
TAHUKAH anda tempoh masa yang akan diambil untuk selesai membayar baki kad kredit berjumlah RM10,000 dengan cuma membayar bayaran minimumnya setiap bulan? 

Tujuh tahun dan tiga bulan dan itu pun jika anda tidak menambahkan belian kepada kad terbabit! Jika anda kini mempunyai baki guling depan yang belum dijelaskan pada kad anda, anda mungkin mahu mengambil tindakan yang betul sebaik saja anda habis membaca ini, dengan mengeluarkan dompet anda dan memotong semua kad kredit anda! 

Tidak masuk akal untuk mengeluh mengenai kadar faedah rendah yang anda peroleh daripada tabungan dan pelaburan anda, tetapi pada masa yang sama, anda tengah membayar caj kewangan yang tinggi atas hutang kad kredit anda… Bukankah begitu?
oleh itu ,apa kata anda  mengambil beberapa langkah ini, 


1. Bayar jumlah sepenuhnya setiap bulan untuk mengelak caj kewangan yang tinggi. Jika anda betul-betul tidak mampu membayarnya, bayar jumlah yang lebih daripada jumlah minimum 5 peratus yang perlu dibayar dan jangan tambahkan baki kad berkenaan. 

2. Jangan lerek kad anda jika anda tidak mempunyai wang yang mencukupi pada waktu pembelian; 

3. Jangan gunakan kad kredit anda untuk mendapat wang pendahuluan daripada ATM. Ini kerana ia cuma meningkatkan lagi caj kewangan serta-merta. Ia bukannya kad ATM! 

4. Bayar tepat pada masanya untuk mengelak caj bayaran lewat dan kadar penalti (tetapi anda tidak perlu membayarnya terlalu awal pula) 

5. Kerap menyemak penyata bulanan anda untuk memastikan transaksi yang betul dicatatkan dan berhati-hati untuk apa-apa transaksi luar biasa 



No comments:

Post a Comment

Paparan yang sangat popular

Pendaftaran Percuma

Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)






Followers