Saturday, March 5, 2016

analisis

Aku bukanlah pakar ekonomi tapi aku suka memikir yang bukan masaalah aku kemudian aku cuba selesaikan dengan penuh berhemah.Segelintir sahaja yang boleh buat sesuatu tanpa ada keuntungan atau sebaliknya.Kita bukan pula orang yang mampu membuat seorang diri kerana kekuatan lahiriah atau zahir dapat dinilai melalui luaran sahaja.Mengapa aku mengaku untuk berjaya seorang diri adalah satu perkara mustahil.Pertama adalah jika kita berniaga kita perlukan pelanggan ataupun pihak kedua.Jadi motifnya berniaga seorang diri adalah tidak akan berjaya.
Pada sesebuah negara memerlukan tenaga dan pelaburan yang sihat untuk menjadikan kekukuhan ekonomi berdaya saing.Sesebuah negara tidak memerlukan wang untuk melobi pasaran atau sebaliknya kerana sesebuah negara dibekalkan kuasa membeli dengan kekuatan nilai wang negara tersebut.Kemajuan sesebuah negara bahawa kita percaya kepesatan pembangunan dan teknologi maju yang menunjukkan nilai ekonomi yang semakin maju dan kukuh.Disini dapat kita lihat bagaimana kekuatan nilai wang sesebuah negara ditafsirkan melalui kepesatan sosio politik ekonomi dan kemajuan rakyatnya.
Bila sesebuah negara memerlukan tenaga rakyatnya tetapi tidak dapat ditafsirkan atau dinyatakan melalui kemajuan teknologi dan pembangunan bermakna negara tersebut mengalami masaalah sosio ekonomi yang mana terpaksa mengalirkan wang negara kepada rakyat lain dan negara tersebut mengalami kelembapan ekonomi dan dari segi pembangunan juga serta teknologi.Wang dihasilkan dengan banyak melalui bon bon atau geran geran tertentu walaupun begitu jika wang dihasilkan dengan sedikit pula bagi pengawalan nilai ianya tidak dapat menampung kepada nilai pembangunan dan kemajuan teknologi bila diperlukan banyak tenaga rakyat itu sendiri.
Pernyataan melalui hubungan diplomatik amat meyakinkan lagi hubungan dua hala dari segi pembangunan serta kesihatan ekonomi.Negara lain akan menjadikan negara tersebut sebagai negara contoh dalam era berdaya saing dunia global.Tetapi ianya bukan satu isu yang akan membuatkan nilai wang negara tersebut terus mengukuh kerana ianya memerlukan kesihatan tenaga oleh rakyatnya sendiri tanpa berlaku peperangan atau kacau bilau yang menyebabkan berlaku ketidakstabilan pembangunan politik dan ekonomi juga diplomatik.


No comments:

Post a Comment

Paparan yang sangat popular

Pendaftaran Percuma

Saya sebagai agen yang dibenarkan untuk mengaktifkan MyKad,Kedai dan Agen untuk menyertai Program Mykad Smartshopper.Program ini diperkenalkan oleh Affiliate Junction bertujuan membuka ruang dan peluang kepada mereka yang berminat dalam pengurangan kos perbelanjaan,pengiklanan,menambahkan lagi pelanggan dan pendapatan sampingan atau sepenuh masa.Pendaftaran adalah percuma
Hantarkan
1-NO MYKAD(IC)
2-ALAMAT
3-NO TELEFON
4-NAMA
5-E MEL
6-PILIHAN(mykad,kedai atau agen)
p/s kepada yang berminat memilih daftar kedai atau Agency
a)-Pastikan kedai memiliki sijil SSM dan internet.
b)-tetapkan tarikh dan tempat temujanji(tujuan memberi maklumat lanjut berhubung perkara program yang dimaksudkan)






Followers