Ketika sedang manusia berpusu pusu di pasar untuk membeli lauk pauk juadah tengahari nanti ,aku yang sedang melihat lihat di sekitar pasar.Aku boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ke pasar bukan sekadar melihat lauk malah membeli juga untuk berjimat.Aku dalam secara tidak langsung ternampak seorang mak cik memberi makan ikan segar kepada kucing hampir setiap kali aku ke pasar pasti terlihat mak cik itu memberi makan ikan segar kalau tidak silap kelihatan seperti ikan kembung.WOW mak cik mahal ikan itu...gerutu hati kecil aku.Boleh buat stok 3 hari tu jika sekilo dihabiskan untuk kucing jalanan yang berada di pasar tersebut.
Aku amat terharu dengan sikap mak cik tu..dalam banyak banyak kucing yang sedang makan ,aku lihat ada seekor kucing lain pula kelakunnya..apa tidaknya sedang yang lain sibuk dengan makanan yang ada..dia pula tak makan hanya setakat menghidu sahaja kemudian kepalanya disondol sondol beberapa kali seakan menyuruh mak cik tersebut naik menunggang seperti menunggang kuda...dalam hati aku mula membayangi jika kucing itu sebesar seperti kuda atau lembu tentunya mak cik itu letakkan pelana di belakang kucing tersebut dan menunggangnya untuk kemana mana...tapi hati kecilku mula menidakkan apa yang dibayangi tadi masakkan tidak !!!..jika kucing tadi sebesar lembu yang pasti ikan tadi bukan lagi lauknya malah mak cik tersebut adalah lauknya
No comments:
Post a Comment